Pengikut Blog

~TERIMA KASIH TEMAN~

kenalkan Diri dan Follow-lah Blog ini,
Nanti Boleh Buat Kunjungan Balas. Follow Taw..

(^_^)

Beraya pada 10 Zulhijjah 1431H

Hari Rabu yang lepas, selepas tidur dan kemudiannya solat zohor aku dan sekeluarga bergerak ke Bangsar tuk beraya. Di rumah nenek aku yang aku sayangi, aku ada ramai nenek sebenarnya.. He6 tapi yang ini nenek saudara-lah. Kami gelarkan nenek ni nenek Bangsar (^_^)


 


 


Time ini masing-masing sedang bersiap, sementara tunggu kita orang siap, ayah aku ngah pasang Home Teater yang dibelinya dekat petronas Shah Alam tak silap aku. Ada orang maksa ayah aku beli.. Bila masing-masing dah siap, kami pun bergerak ke Bangsar, Kampung Abdullah Hukum.

anak paklong ku, fatin namanya
fatin bersama maisarah (anak pakngah ku)




Bila kami sampai sahaja di rumah nenek aku, kelihatan semua pakcik makcik sedara aku ada di sana. paklong, pakngah, pokde, dan juga mak busu. Biarpun orang kata raya haji tak best mana, tapi masih lagi nampak kemeriahan raya pada raya haji kali ni bagi aku. hampir 1jam jugak lah aku dan sekeluarga beraya di rumah nenek bangsar aku ni, tak ley lama-lama sebab lepas tu ada tempat lain kami nak gi beraya ^_^ macam raya eidul fitri lak. He6

bila dah puas beraya di rumah nenek bangsar ku ini, kami pun minta undur diri dan bersedia tuk ke destinasi seterusnya. Mak aku katakan pada adik aku ilyas, kita orang mahu pergi ke (T.S). Kerana kebingungan dia tu, kita orang perli dia. katakan T.S tu adalah (Tandas Sempit) He6...

Berjaya Times Square

Cosmo  Square Theme Park
Destinasi kami sekeluarga tuk beraya adalah Berjaya Times Square ^_^
Macam mana leh plan nak beraya dekat Times Square ni? ceritanya macam ni, ayah aku katakan pada adik aku yang 2nd last nak pergi mana rini? dia mahu pergi Mid Valley, tapi ayah aku tak berapa setuju. dan terkeluarlah dari mulut nya nak pergi TS. ayah aku pun katakan OK! itu sebabnya destinasi kami yang ke-2 tuk beraya adalah Times Square ^_^

setelah selesai menunaikan kewajiban seharian kita sebagai orang muslim yang ke-3 iaitu solat asar, kami pun pergi lah beli tiket tuk masuk ke theme park dalam Times Square tu (7th Floor), harga tiket untuk 9orang termasuk ayah dan mak aku, tak silap aku RM266.50, tu pun guna kad Jaya Jusco tuk dapatkan diskaun. Mahalkan? Mahal-mahal pun dapat juga masuk ke theme tu kan? Ada orang lain tak pernah masuk, kan3?





Bila dah masuk ke theme park tersebut, berbagai-bagai permainan kami main. 1st game yang aku main dengan adik aku no-2 dan no-3 adalah permainan (Supersonic Odyssey) roller coaster. memang excited lah dapat main permainan tu, sebelum ni pun pernah main. setelah naik roller coaster tu, aku 3adik beradik ni carik keluarga aku yg lain, tengok dowang sedang menanti kehadiran kereta api tuk pulang ke Kulai. next game, seakan-akan seperti kereta api yang bergerak setakat dalam theme park tu je.





Setelah habis 1 round kereta api tu pusing keliling theme park tu, kita orang main permainan seterusnya adalah permainan Kuda Kepang. He4 nama game tu tak ingat ^_^










Masing-masingnya perangai time ni semua macam budak-budak kecik, kalah upin & ipin. He5 Bila dah puas main tiga game ni, kita orang take a rest for a while ^_^ Lepas puas rehat, kita orang main game seterusnya game Crazy Bus, hanya 7 daripada kami je yang main game ni. Yang tak main adalah, Ilyas dan Ayah aku, Ilyas nak main game Bumper Car, ayah aku lah kene teman dia. Dia sorang je main game tu hampir tiga kali round. Kesian budak-budak yang asyik dilanggar oleh adik aku tu Ilyas. ish ish ish



 










Selamat Hari Raya Eidul Adha 1431H..

pertama sekali, bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya aku masih dapat meneruskan kehidupan aku di atas muka bumi-Nya ini. Sekian lama tak meng'update' blog ini, akhirnya dapat juga aku meluangkan masa aku tuk update blog aku ini.

aku di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha 1431H buat sahabat-handai, saudara mara, rakan-rakan seperjuangan walau di mana jua korang berada. aku ingin memohon maaf, ku susun 10 jari mohon ampun segala salah silapku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan makan minumku, kalau aku ada hutang ngan korang, bagitahu aku k.. Insya Allah, aku akan bayar balik.




Sekian 2 hingga 3 minggu aku tak update, sebab kenapa aku tak update ek? nak tahu ke?

sebabnya;




aku kini kembali ke alam menuntut ilmu, sekian 5 hingga 6 bulan aku terperap di rumah, aku kini menuntut ilmu 'sarjana muda' di sebuah kolej di Bangi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

sebenarnya, banyak cerita yang aku nak kongsi dengan korang. Tapi, disebabkan aku rasa mengantuk sekarang ni, aku akan bercerita bila aku dah bangun dari tidur nanti k? (^_^)
Lepas Zohor nanti insya Allah aku dan keluarga aku akan menziarahi Nenek aku, di Bangsar.

Terima Kasih Semua ^_^


Kepulangan Ayah Aku Dari Jakarta..

Semalam adalah hari Khamis, hari yang pernah ku katakan sebelum ini. Kepulangan ayah aku dari Jakarta..
Ketibaan ayah ku dari Jakarta di jangka sampai pukul 5:00pm.

Macam biasa,tiap-tiap hari aku menghantar adik-ku si Ilyas ke sekolah 7:00am, dan mengambil pulang pada pukul 11:00am. Masih ada lagi 6jam lagi ayah aku akan tiba di Terminal LCC. Aku teringin nak jumpa Maher Zain.. Akhirnya permintaan ku di makbulkann oleh Allah ^_^

Pada pukul 2:30pm aku bergerak ke pejabat kerja ayah aku, di sana aku dan adik aku Zainab akan bertemu dengan Maher Zain. Dengan penuh debaran, aku dan adik aku ketuk pintu pejabat ayah aku, aku berjumpa dengan seorang Mamat yg POYO.

Dia menghalau kami berdua, dia sangkakan aku dan adik aku adalah crew Utusan. Terus ku beri jawapan kat Mamat tu, aku dan adik aku adalah anak Haji Tahir Abdullah (ayah aku). Terus Menggigil lutut Mamat tu, pastu dah kasi kami duduk dia mintak surat rasmi pertemuan dengan Maher Zain la, macam-macam dia mintak.. Mamat yang dimaksudkan tu, rupanya pengacara program TV Selangor bersama Maher Zain. Tahula engko pengacara, tapi janganlah TAKABBUR!!
sabar je lah SHAFIQ oii...


Maher Zain bersama Pengacara POYO tu

Ketibaan Maher Zain di pejabat ayah aku, lewat dari kehadiran aku dan adik aku hanya 10minit. Beria-ria nak jumpa Maher Zain katakan, sanggup datang awal. He4.. Bukan main Pax lagi masa tu, peminat Maher Zain ramai, budak kecik pun ada. tak dapat aku nak snap gambar Maher Zain ngan peminat dia yang lain..

May Allah Bless You, Maher Zain ^_^

Shafiq - Maher Zain - Zainab

Maher Zain tak dapat duduk di pejabat ayah aku lama-lama, dia boleh spent masa-nya bersama TV Selangor hanya 1/2jam. Puas kami bergambar, jumpa dengan kawan ayah aku pakcik Ishak, bersalam dan bergerak pulang ke rumah dengan hati gembira walaupun fade-up ngan Mamat POYO tu.. Alhamdulillah...

Pejabat Ayah Aku Ground Floor

Dalam perjalanan balik rumah

Setelah duduk di rumah selama 1jam, kini tiba masanya untuk bergerak ke Terminal LCC. Jam pun telah menunjukkan pada pukul 4:20pm, aku pun menunaikan kewajipan kita seharian yang ke-3 sebagai orang Islam ^_^

Kemudian.. Bergerak...

dalam perjalan dari Kuala Selangor ke Terminal LCC

sempat lagi ambik gambar kapal terbang berlepas

Tiba je di Terminal LCC, kami terus pickup ayah aku yang sedang berdiri tegak di pintu balai ketibaan bagi luar negara. Dan kemudian-nya kami pun pulang ke rumah dengan penuh rasa bersyukur, dan gembira.. sebab dapat jumpa Maher Zain...

Lima ribu Rupiah
Terima Kasih Semua ^_^

Sunway Alam Suria..

Semalam, pada jam 5:00pm baru selesai merayau dekat pekan Meru, Klang. Mak pelawa aku, katanya..



" Jom Pergi Jalan-Jalan dekat Sunway Alam Suria, Kacau Seseorang "


Dalam hati aku, aku dah tahu siapa yang mak aku maksudkan "seseorang" tu, aku pun bergegas sembahyang asar, then pergi ke kedai mamak belikan makanan kegemaran orang tu.

 Roti Naan Chesse / Ayam Tandori


Aku gerak dulu pergi restoran mamak Rahmath Bistro, order makanan. Mak aku dan adik-adik aku yang lain berjalan kaki dari rumah ke restoran mamak Rahmath Bistro. Tak sampai 5minit pun berjalan kaki..

Bila dah siap makanan yang aku order tu, aku pun drive kereta menuju ke....


Dekat je dengan rumah aku ^_^

Bila dah sampai kawasan perumahan dekat situ, aku di tahan. Guard dekat situ tanya:

" Mahu Pergi Mana Encik? "

Aku pun jawablah dengan Guard tu, Bangla ke Pakistan pun aku tak tahu lah..dengan sleng Bangla jugak ^_^

" Saya Mahu Pergi Rumah Mak Cik Sayalah"


Dia mintak IC aku, bagi aku Label Visitor tuk letak kat kereta. Suruh Sain kertas apa entah, then baru benarkan kami masuk. Memang payah lah duduk dekat kawasan rumah orang kaya-kaya ini.. ^_^


Okay, aku dah sampai dekat rumah Mak Cik aku. Dia pun ada Blog sendiri, CaHaya CiNtaKu (Tolong Promote Sekali) He4.. Suasana rumah dari bising dengan karenah sepupu-sepupuku yang masih kecil, bertambah bising dengan kehadiran kami.


Kami sampai je si Hafiz (baju biru) khusyuk dengan menan baru dia, mak nya kata baru aje beli pagi semalam.


Khusyuk-nya "dede" main permainan

Pon Pon.. Keretapi nak jalan.. ^_^
 Ini pulak si Ain, tiap aku nak snap gambar dia, berlari-lari dia. tak mahu ambil gambar, kononnya pemalu-lah tu. Mak aku lak teman Mak Cik aku kat dapur, masakkan sesuatu tuk tetamu yang buat memekak dekat rumah Dia ^_^



dapat jugak snap ^_^

Khusyuk Ain ajak Abang Ilyas main Tali Skipping




 Sedang khusyuk Ain dan Hafiz main mainan dowang, kesian aku tengok TV ni. ni orang tengok kartun ke, kartun tengok orang? ish ish ish....


Mak Cik aku dah siapkan hidangan tuk dijamu selera.. semua tetamu yang hadir petang semalam menuju ke meja makan (walhal aku, mak aku, 2 orang adik aku je) he he he... Tengah santap makanan yang ada dekat atas meja tu, si Ain dan Hafiz bergaduh rebut tali Skipping..



" ini tali akak lah hapis.. "


 " Uweekk.. Uweekk.. " kedengaran sayup suara seorang budak kecik sedang menangis. si Alisya dekat bilik tidur atas sedang menangis, Mak Cik aku segera gi ambik dia.. Tengok tu, muka Alisya baru bangun tidur ^_^


dapat jugak snap gambar makcik aku ^_^

sedang melantak Kuey Tiaow Goreng

Snap Sama-Sama Ok? ^_^

si Alisya nak dilepaskan dari pelukan


Abang Ilyas ajak Alisya men Mainan ek?

" Janganlah, Alisya tengah makan ni "

Bila masing-masing dah kekenyangan, kami semua relax-lah depan TV, dengan slamber Mak Cik aku suruh tukar channel, katanya buat tak tau je dengan si Hafiz dan Ain ^_^



khusyuknya Alisya tengok TV


dah puas tengok TV, men Mainan balik ek..











Mak aku sibuk menyembang dengan Mak Cik aku. Jam pada dinding pun menunjukkan tepat pada pukul 7:00pm, kami pun ingin mengundur diri.. TAPI!! si Hafiz tak benarkan kami balik, hampeh tul.. Dia nangis.. ala ala.. Mak aku pun pujuk si Hafiz


" Okay, Okay.. Mak Ngah balik lepas maghrib la macam ni "

gelaran Mak aku bagi dowang MAK NGAH. Tunggu azan maghrib, pastu laksanakan kewajiban yang ke-4 dalam kehidupan seharian. kami pun pulang....

tak dapat nak snap lah.. toleh muke ye..

bubye alisya..  jumpa lagi..


Kami pun salam dengan Mak Cik aku, dan dalam diam-diam kami keluar rumah.. Takut si Hafiz nampak kami keluar. kang mahu sampai ke isya' kami tak balik.. adoyai..


Akhirnya.. sehari suntuk duduk rumah, dan kecewa tak dapat jumpa Maher Zain.. dapat jugak berjalan-jalan.. itu-lah yang aku buat semalam ^_^


Terima Kasih Semua ^_^