Pengikut Blog

~TERIMA KASIH TEMAN~

kenalkan Diri dan Follow-lah Blog ini,
Nanti Boleh Buat Kunjungan Balas. Follow Taw..

(^_^)

Kepulangan Ayah Aku Dari Jakarta..

Semalam adalah hari Khamis, hari yang pernah ku katakan sebelum ini. Kepulangan ayah aku dari Jakarta..
Ketibaan ayah ku dari Jakarta di jangka sampai pukul 5:00pm.

Macam biasa,tiap-tiap hari aku menghantar adik-ku si Ilyas ke sekolah 7:00am, dan mengambil pulang pada pukul 11:00am. Masih ada lagi 6jam lagi ayah aku akan tiba di Terminal LCC. Aku teringin nak jumpa Maher Zain.. Akhirnya permintaan ku di makbulkann oleh Allah ^_^

Pada pukul 2:30pm aku bergerak ke pejabat kerja ayah aku, di sana aku dan adik aku Zainab akan bertemu dengan Maher Zain. Dengan penuh debaran, aku dan adik aku ketuk pintu pejabat ayah aku, aku berjumpa dengan seorang Mamat yg POYO.

Dia menghalau kami berdua, dia sangkakan aku dan adik aku adalah crew Utusan. Terus ku beri jawapan kat Mamat tu, aku dan adik aku adalah anak Haji Tahir Abdullah (ayah aku). Terus Menggigil lutut Mamat tu, pastu dah kasi kami duduk dia mintak surat rasmi pertemuan dengan Maher Zain la, macam-macam dia mintak.. Mamat yang dimaksudkan tu, rupanya pengacara program TV Selangor bersama Maher Zain. Tahula engko pengacara, tapi janganlah TAKABBUR!!
sabar je lah SHAFIQ oii...


Maher Zain bersama Pengacara POYO tu

Ketibaan Maher Zain di pejabat ayah aku, lewat dari kehadiran aku dan adik aku hanya 10minit. Beria-ria nak jumpa Maher Zain katakan, sanggup datang awal. He4.. Bukan main Pax lagi masa tu, peminat Maher Zain ramai, budak kecik pun ada. tak dapat aku nak snap gambar Maher Zain ngan peminat dia yang lain..

May Allah Bless You, Maher Zain ^_^

Shafiq - Maher Zain - Zainab

Maher Zain tak dapat duduk di pejabat ayah aku lama-lama, dia boleh spent masa-nya bersama TV Selangor hanya 1/2jam. Puas kami bergambar, jumpa dengan kawan ayah aku pakcik Ishak, bersalam dan bergerak pulang ke rumah dengan hati gembira walaupun fade-up ngan Mamat POYO tu.. Alhamdulillah...

Pejabat Ayah Aku Ground Floor

Dalam perjalanan balik rumah

Setelah duduk di rumah selama 1jam, kini tiba masanya untuk bergerak ke Terminal LCC. Jam pun telah menunjukkan pada pukul 4:20pm, aku pun menunaikan kewajipan kita seharian yang ke-3 sebagai orang Islam ^_^

Kemudian.. Bergerak...

dalam perjalan dari Kuala Selangor ke Terminal LCC

sempat lagi ambik gambar kapal terbang berlepas

Tiba je di Terminal LCC, kami terus pickup ayah aku yang sedang berdiri tegak di pintu balai ketibaan bagi luar negara. Dan kemudian-nya kami pun pulang ke rumah dengan penuh rasa bersyukur, dan gembira.. sebab dapat jumpa Maher Zain...

Lima ribu Rupiah
Terima Kasih Semua ^_^

0 pendapat:

Post a Comment