aku di sini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha 1431H buat sahabat-handai, saudara mara, rakan-rakan seperjuangan walau di mana jua korang berada. aku ingin memohon maaf, ku susun 10 jari mohon ampun segala salah silapku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Halalkan makan minumku, kalau aku ada hutang ngan korang, bagitahu aku k.. Insya Allah, aku akan bayar balik.
Sekian 2 hingga 3 minggu aku tak update, sebab kenapa aku tak update ek? nak tahu ke?
sebabnya;
aku kini kembali ke alam menuntut ilmu, sekian 5 hingga 6 bulan aku terperap di rumah, aku kini menuntut ilmu 'sarjana muda' di sebuah kolej di Bangi, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
sebenarnya, banyak cerita yang aku nak kongsi dengan korang. Tapi, disebabkan aku rasa mengantuk sekarang ni, aku akan bercerita bila aku dah bangun dari tidur nanti k? (^_^)
Lepas Zohor nanti insya Allah aku dan keluarga aku akan menziarahi Nenek aku, di Bangsar.
Terima Kasih Semua ^_^
0 pendapat:
Post a Comment