Pengikut Blog

~TERIMA KASIH TEMAN~

kenalkan Diri dan Follow-lah Blog ini,
Nanti Boleh Buat Kunjungan Balas. Follow Taw..

(^_^)

Sunway Alam Suria..

Semalam, pada jam 5:00pm baru selesai merayau dekat pekan Meru, Klang. Mak pelawa aku, katanya..



" Jom Pergi Jalan-Jalan dekat Sunway Alam Suria, Kacau Seseorang "


Dalam hati aku, aku dah tahu siapa yang mak aku maksudkan "seseorang" tu, aku pun bergegas sembahyang asar, then pergi ke kedai mamak belikan makanan kegemaran orang tu.

 Roti Naan Chesse / Ayam Tandori


Aku gerak dulu pergi restoran mamak Rahmath Bistro, order makanan. Mak aku dan adik-adik aku yang lain berjalan kaki dari rumah ke restoran mamak Rahmath Bistro. Tak sampai 5minit pun berjalan kaki..

Bila dah siap makanan yang aku order tu, aku pun drive kereta menuju ke....


Dekat je dengan rumah aku ^_^

Bila dah sampai kawasan perumahan dekat situ, aku di tahan. Guard dekat situ tanya:

" Mahu Pergi Mana Encik? "

Aku pun jawablah dengan Guard tu, Bangla ke Pakistan pun aku tak tahu lah..dengan sleng Bangla jugak ^_^

" Saya Mahu Pergi Rumah Mak Cik Sayalah"


Dia mintak IC aku, bagi aku Label Visitor tuk letak kat kereta. Suruh Sain kertas apa entah, then baru benarkan kami masuk. Memang payah lah duduk dekat kawasan rumah orang kaya-kaya ini.. ^_^


Okay, aku dah sampai dekat rumah Mak Cik aku. Dia pun ada Blog sendiri, CaHaya CiNtaKu (Tolong Promote Sekali) He4.. Suasana rumah dari bising dengan karenah sepupu-sepupuku yang masih kecil, bertambah bising dengan kehadiran kami.


Kami sampai je si Hafiz (baju biru) khusyuk dengan menan baru dia, mak nya kata baru aje beli pagi semalam.


Khusyuk-nya "dede" main permainan

Pon Pon.. Keretapi nak jalan.. ^_^
 Ini pulak si Ain, tiap aku nak snap gambar dia, berlari-lari dia. tak mahu ambil gambar, kononnya pemalu-lah tu. Mak aku lak teman Mak Cik aku kat dapur, masakkan sesuatu tuk tetamu yang buat memekak dekat rumah Dia ^_^



dapat jugak snap ^_^

Khusyuk Ain ajak Abang Ilyas main Tali Skipping




 Sedang khusyuk Ain dan Hafiz main mainan dowang, kesian aku tengok TV ni. ni orang tengok kartun ke, kartun tengok orang? ish ish ish....


Mak Cik aku dah siapkan hidangan tuk dijamu selera.. semua tetamu yang hadir petang semalam menuju ke meja makan (walhal aku, mak aku, 2 orang adik aku je) he he he... Tengah santap makanan yang ada dekat atas meja tu, si Ain dan Hafiz bergaduh rebut tali Skipping..



" ini tali akak lah hapis.. "


 " Uweekk.. Uweekk.. " kedengaran sayup suara seorang budak kecik sedang menangis. si Alisya dekat bilik tidur atas sedang menangis, Mak Cik aku segera gi ambik dia.. Tengok tu, muka Alisya baru bangun tidur ^_^


dapat jugak snap gambar makcik aku ^_^

sedang melantak Kuey Tiaow Goreng

Snap Sama-Sama Ok? ^_^

si Alisya nak dilepaskan dari pelukan


Abang Ilyas ajak Alisya men Mainan ek?

" Janganlah, Alisya tengah makan ni "

Bila masing-masing dah kekenyangan, kami semua relax-lah depan TV, dengan slamber Mak Cik aku suruh tukar channel, katanya buat tak tau je dengan si Hafiz dan Ain ^_^



khusyuknya Alisya tengok TV


dah puas tengok TV, men Mainan balik ek..











Mak aku sibuk menyembang dengan Mak Cik aku. Jam pada dinding pun menunjukkan tepat pada pukul 7:00pm, kami pun ingin mengundur diri.. TAPI!! si Hafiz tak benarkan kami balik, hampeh tul.. Dia nangis.. ala ala.. Mak aku pun pujuk si Hafiz


" Okay, Okay.. Mak Ngah balik lepas maghrib la macam ni "

gelaran Mak aku bagi dowang MAK NGAH. Tunggu azan maghrib, pastu laksanakan kewajiban yang ke-4 dalam kehidupan seharian. kami pun pulang....

tak dapat nak snap lah.. toleh muke ye..

bubye alisya..  jumpa lagi..


Kami pun salam dengan Mak Cik aku, dan dalam diam-diam kami keluar rumah.. Takut si Hafiz nampak kami keluar. kang mahu sampai ke isya' kami tak balik.. adoyai..


Akhirnya.. sehari suntuk duduk rumah, dan kecewa tak dapat jumpa Maher Zain.. dapat jugak berjalan-jalan.. itu-lah yang aku buat semalam ^_^


Terima Kasih Semua ^_^

1 pendapat:

Ana Suzana said...

Oooo.. dah apdet yee.. kekekke

Post a Comment