Pengikut Blog

~TERIMA KASIH TEMAN~

kenalkan Diri dan Follow-lah Blog ini,
Nanti Boleh Buat Kunjungan Balas. Follow Taw..

(^_^)

Kepulangan Ayah Aku Dari Jakarta..

Semalam adalah hari Khamis, hari yang pernah ku katakan sebelum ini. Kepulangan ayah aku dari Jakarta..
Ketibaan ayah ku dari Jakarta di jangka sampai pukul 5:00pm.

Macam biasa,tiap-tiap hari aku menghantar adik-ku si Ilyas ke sekolah 7:00am, dan mengambil pulang pada pukul 11:00am. Masih ada lagi 6jam lagi ayah aku akan tiba di Terminal LCC. Aku teringin nak jumpa Maher Zain.. Akhirnya permintaan ku di makbulkann oleh Allah ^_^

Pada pukul 2:30pm aku bergerak ke pejabat kerja ayah aku, di sana aku dan adik aku Zainab akan bertemu dengan Maher Zain. Dengan penuh debaran, aku dan adik aku ketuk pintu pejabat ayah aku, aku berjumpa dengan seorang Mamat yg POYO.

Dia menghalau kami berdua, dia sangkakan aku dan adik aku adalah crew Utusan. Terus ku beri jawapan kat Mamat tu, aku dan adik aku adalah anak Haji Tahir Abdullah (ayah aku). Terus Menggigil lutut Mamat tu, pastu dah kasi kami duduk dia mintak surat rasmi pertemuan dengan Maher Zain la, macam-macam dia mintak.. Mamat yang dimaksudkan tu, rupanya pengacara program TV Selangor bersama Maher Zain. Tahula engko pengacara, tapi janganlah TAKABBUR!!
sabar je lah SHAFIQ oii...


Maher Zain bersama Pengacara POYO tu

Ketibaan Maher Zain di pejabat ayah aku, lewat dari kehadiran aku dan adik aku hanya 10minit. Beria-ria nak jumpa Maher Zain katakan, sanggup datang awal. He4.. Bukan main Pax lagi masa tu, peminat Maher Zain ramai, budak kecik pun ada. tak dapat aku nak snap gambar Maher Zain ngan peminat dia yang lain..

May Allah Bless You, Maher Zain ^_^

Shafiq - Maher Zain - Zainab

Maher Zain tak dapat duduk di pejabat ayah aku lama-lama, dia boleh spent masa-nya bersama TV Selangor hanya 1/2jam. Puas kami bergambar, jumpa dengan kawan ayah aku pakcik Ishak, bersalam dan bergerak pulang ke rumah dengan hati gembira walaupun fade-up ngan Mamat POYO tu.. Alhamdulillah...

Pejabat Ayah Aku Ground Floor

Dalam perjalanan balik rumah

Setelah duduk di rumah selama 1jam, kini tiba masanya untuk bergerak ke Terminal LCC. Jam pun telah menunjukkan pada pukul 4:20pm, aku pun menunaikan kewajipan kita seharian yang ke-3 sebagai orang Islam ^_^

Kemudian.. Bergerak...

dalam perjalan dari Kuala Selangor ke Terminal LCC

sempat lagi ambik gambar kapal terbang berlepas

Tiba je di Terminal LCC, kami terus pickup ayah aku yang sedang berdiri tegak di pintu balai ketibaan bagi luar negara. Dan kemudian-nya kami pun pulang ke rumah dengan penuh rasa bersyukur, dan gembira.. sebab dapat jumpa Maher Zain...

Lima ribu Rupiah
Terima Kasih Semua ^_^

Sunway Alam Suria..

Semalam, pada jam 5:00pm baru selesai merayau dekat pekan Meru, Klang. Mak pelawa aku, katanya..



" Jom Pergi Jalan-Jalan dekat Sunway Alam Suria, Kacau Seseorang "


Dalam hati aku, aku dah tahu siapa yang mak aku maksudkan "seseorang" tu, aku pun bergegas sembahyang asar, then pergi ke kedai mamak belikan makanan kegemaran orang tu.

 Roti Naan Chesse / Ayam Tandori


Aku gerak dulu pergi restoran mamak Rahmath Bistro, order makanan. Mak aku dan adik-adik aku yang lain berjalan kaki dari rumah ke restoran mamak Rahmath Bistro. Tak sampai 5minit pun berjalan kaki..

Bila dah siap makanan yang aku order tu, aku pun drive kereta menuju ke....


Dekat je dengan rumah aku ^_^

Bila dah sampai kawasan perumahan dekat situ, aku di tahan. Guard dekat situ tanya:

" Mahu Pergi Mana Encik? "

Aku pun jawablah dengan Guard tu, Bangla ke Pakistan pun aku tak tahu lah..dengan sleng Bangla jugak ^_^

" Saya Mahu Pergi Rumah Mak Cik Sayalah"


Dia mintak IC aku, bagi aku Label Visitor tuk letak kat kereta. Suruh Sain kertas apa entah, then baru benarkan kami masuk. Memang payah lah duduk dekat kawasan rumah orang kaya-kaya ini.. ^_^


Okay, aku dah sampai dekat rumah Mak Cik aku. Dia pun ada Blog sendiri, CaHaya CiNtaKu (Tolong Promote Sekali) He4.. Suasana rumah dari bising dengan karenah sepupu-sepupuku yang masih kecil, bertambah bising dengan kehadiran kami.


Kami sampai je si Hafiz (baju biru) khusyuk dengan menan baru dia, mak nya kata baru aje beli pagi semalam.


Khusyuk-nya "dede" main permainan

Pon Pon.. Keretapi nak jalan.. ^_^
 Ini pulak si Ain, tiap aku nak snap gambar dia, berlari-lari dia. tak mahu ambil gambar, kononnya pemalu-lah tu. Mak aku lak teman Mak Cik aku kat dapur, masakkan sesuatu tuk tetamu yang buat memekak dekat rumah Dia ^_^



dapat jugak snap ^_^

Khusyuk Ain ajak Abang Ilyas main Tali Skipping




 Sedang khusyuk Ain dan Hafiz main mainan dowang, kesian aku tengok TV ni. ni orang tengok kartun ke, kartun tengok orang? ish ish ish....


Mak Cik aku dah siapkan hidangan tuk dijamu selera.. semua tetamu yang hadir petang semalam menuju ke meja makan (walhal aku, mak aku, 2 orang adik aku je) he he he... Tengah santap makanan yang ada dekat atas meja tu, si Ain dan Hafiz bergaduh rebut tali Skipping..



" ini tali akak lah hapis.. "


 " Uweekk.. Uweekk.. " kedengaran sayup suara seorang budak kecik sedang menangis. si Alisya dekat bilik tidur atas sedang menangis, Mak Cik aku segera gi ambik dia.. Tengok tu, muka Alisya baru bangun tidur ^_^


dapat jugak snap gambar makcik aku ^_^

sedang melantak Kuey Tiaow Goreng

Snap Sama-Sama Ok? ^_^

si Alisya nak dilepaskan dari pelukan


Abang Ilyas ajak Alisya men Mainan ek?

" Janganlah, Alisya tengah makan ni "

Bila masing-masing dah kekenyangan, kami semua relax-lah depan TV, dengan slamber Mak Cik aku suruh tukar channel, katanya buat tak tau je dengan si Hafiz dan Ain ^_^



khusyuknya Alisya tengok TV


dah puas tengok TV, men Mainan balik ek..











Mak aku sibuk menyembang dengan Mak Cik aku. Jam pada dinding pun menunjukkan tepat pada pukul 7:00pm, kami pun ingin mengundur diri.. TAPI!! si Hafiz tak benarkan kami balik, hampeh tul.. Dia nangis.. ala ala.. Mak aku pun pujuk si Hafiz


" Okay, Okay.. Mak Ngah balik lepas maghrib la macam ni "

gelaran Mak aku bagi dowang MAK NGAH. Tunggu azan maghrib, pastu laksanakan kewajiban yang ke-4 dalam kehidupan seharian. kami pun pulang....

tak dapat nak snap lah.. toleh muke ye..

bubye alisya..  jumpa lagi..


Kami pun salam dengan Mak Cik aku, dan dalam diam-diam kami keluar rumah.. Takut si Hafiz nampak kami keluar. kang mahu sampai ke isya' kami tak balik.. adoyai..


Akhirnya.. sehari suntuk duduk rumah, dan kecewa tak dapat jumpa Maher Zain.. dapat jugak berjalan-jalan.. itu-lah yang aku buat semalam ^_^


Terima Kasih Semua ^_^

Air Asia..

Seperti yang dijangkakan selama ini, hari ini 10-10-2010, hari Ahad. aku dan keluarga aku bangun awal, mandi siap-siap nak keluar. Nak ke mana tu, nanti aku bagi tahu, tapi yang penting Air Asia =)

gambar diambil dari internet.



dari rumah aku, Shah Alam u10 nak ke Terminal LCC mengambil masa 1/2 jam je sepatutnya. Tapi hari ini kan ada GP Motor's Racing tak silap aku. So, dari 1/2 jam tu jadi lah kepada 45 minit. memang ramai lah orang nak ke Circuit F1 Sepang tu. Pax yang teramat....

muka tension je dalam kereta sebab jammed.

ini dia muka mak aku tengah tension..Hu4

Jammed punya-lah panjang.


Jammed-nya lebih kurang 1km je pun.He4 al-maklumlah, orang Malaysia ini kan suka membazir, suka membuang duit je. Setakat nak tengok orang bawak motor tu, belilah motor sendiri. Hah..pastu layan lah sorang-sorang, takde nak menyusahkan orang macam ni. lagi satu, kalau nak gi tengok ramai-ramai, sepakat-lah, nek satu dua kete je kalau 4-5orang, ini tak. Kalau boleh, nak sorang satu kereta.. Ish4..

Berbalik kepada tajuk, hari ini ayah aku nak ke Jakarta, Indonesia. dengan rakan setugasnya di office dia tak silap aku. Bukan makan angin taw, nampak je dia pakai baju batik Indonesia tu, tapi dia pergi sana sebab urusan kerja. He5 urusan kerja pun, balik-nya hari Khamis nanti.



 Flight ayah aku ke Jakarta tepat pada pukul 1.00pm, so kene ada di Terminal LCC pukul 11.00am.. Kami sampai pun pukul 11am lebih dah..sebab jammed tadi lah.. Tiba je di sana, ayah aku pergi check-in.. Dah habis check-in, dah dapat boarding pass apa lagi... pergi menge'Teh' lah kejap.. He5 dekat mana??

3 rakan setugas ayah aku termasuk lah dia tengah bersembang

 dekat Mc'donald je lah, sebab adik aku si Ilyas tu nak makan Mc'Chicken Burger dan Mc'Chicken Nuggets.

inilah dia Terminal LCC

 Bila tengok jam di tangan sudah pun menunjukkan pada pukul 12.30pm. Ayah aku dan geng dia kena masuk dah. Kami pun berundur diri, salam dengan ayah aku dan geng dia. Then, pulang ke rumah. Hari Khamis ni datang lagi ke Terminal LCC, amik dia pulak pulang dari Jakarta. Semoga perjalanan pergi dan balik selamat, dan dilindungi oleh Allah. aminnn....

Terima Kasih Semua (^_^)

Makan Luar..

Jam di dinding menunjukkan tepat pada pukul 9:00pm. Mak dari atas sudah menjerit suruh siap nak pergi makan dekat luar. Katanya dia nak belanja!He4..aku pun bergegas siap2 dan keluar nak pergi makan..


 dalam perjalanan ke Restoran


 seorang mamat yang kurang siuman, macam Ayam (^_^)

bila dah sampai kat restoran, kita orang amik order lah nak makan apa.. chicken chop ada,nasi goreng ada..
tapi si Ilyas ni, tak habis² dengan roti telur. Muka pun dah macam telur.He3...


 Badget....Hu3

Alamak! Nak hujan lah pulak, apa lagi..pindah lah tempat. duk dekat tempat yg berteduh.. hah..makanan dah sampai, apa lagi.. sesi bedal makan lerw.. (^_^) yum yum...

 Air Laici - Chicken Chop, Limau Ais - Nasi Goreng Biasa

Ilyas dengan menu kekal dia, Milo Ais - Roti Telur...

 Bila masing-masing dah kenyang, semua orang bantai tibai fikir bantal je kat rumah tu. aku pun panggil owner kedai tu, bayar.. kena rm37 totally.. Dah siap bayar, apa lagi ANGKAT punggung la.. BALIK!! erghh.. Ahamdulillah (^_^)


 Sempat lagi nak ber'peace' lagi..

Antara restoran yang kami makan tadi dengan rumah kami taklah jauh sangat pun, jalan kaki tak sampai 5minit. Restoran yang kami makan tadi... Restoran...........

 Restoran Rahmath Bistro (Mamak)

Hehehe.. (-_^)